Penternak ayam dan telur Sarawak berdepan dengan dilema atas kerugian yang dialami mereka disebabkan oleh kawalan harga melalui Skim Harga Maksimum Keluarga Malaysia (SHMKM) yang diperkenalkan sejak Disember tahun lepas.<br /><br />Menurut Pengerusi Persatuan Penternak Sarawak Tsai Kian Shin, sejak pengumuman skim tersebut ia telah mengganggu operasi biasa para penternak dan menyebabkan kerugian yang serius kepada pertenak ayam dan telur.